Polls
Announcements

Lencongan Jalan di Jalan Merdeka dan Jalan Sungai Marudi di Bandar Marudi

Dipaparkan pada 01 Feb 2021
Lencongan Jalan di Jalan Merdeka dan Jalan Sungai Marudi di Bandar Marudi bermula pada 1 Februari 2021 sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan kemudian bagi memberi laluan kerja-kerja pembinaan dan pelaksanaan Projek Marudi Waterfront. 
Lencongan jalan ini bertujuan untuk memastikan kelancaran trafik bagi pengguna jalan tersebut terutamanya untuk orang awam yang hendak mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas yang berdekatan dengan tapak projek khususnya pengguna Kenderaan Berat dan pengguna Kenderaan Kecil pada waktu puncak. Papan tanda seperti Penunjuk Arah, Papan Keselamatan dan Garis Arah Lalulintas akan dipasang dan disediakan bagi memudahkan pengguna jalan dan orang awam. 
Disamping itu, arah lalulintas untuk Jalan Sungai Marudi akan diubah menjadi laluan keluar daripada Jalan Permaisuri dan Jalan Merdeka. Manakala, tempat parkir di Jalan Sungai Marudi juga akan ditutup sementara bagi memudahkan laluan Kenderaan Berat dan tempat parkir di Jalan Merdeka berhadapan stesen minyak juga akan ditutup buat sementara waktu. Pihak Majlis juga menyeru kepada orang awam agar tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. 
Justeru itu, orang awam dimohon untuk mengambil maklum dan perhatian mengenai perkara ini dan pihak Majlis memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. 
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Kejuruteraan Majlis Daerah Marudi di talian 085-755052