Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Portal Rasmi
Majlis Daerah Marudi
slide_5e21154bc6d1e.jpgslide_5d11dede30f9b.jpgslide_5d0860470176b.jpegslide_5ce34c472e726.jpg

GOROMA PLOGGING 2.0
Tarikh : 19 Jun 2019  Sumber Berita: Marudidc News
 

Marudi - Seramai 30 kakitangan Majlis Daerah Marudi yang diketuai oleh Setiausaha MDM, Puan Lolita Jaime Nicholas telah mengadakan aktiviti Plogging 2.0 di Ferry Point Marudi. 

Aktiviti Plogging dikatakan berasal dari negara Sweden di mana istilah tersebut dicipta. "Plogging" datangnya dari ungkapan Swedish "plocka upp" yang bermaksud "mengutip". Secara amnya, plogging adalah aktiviti berlari sambil mengutip sampah di sepanjang laluan larian.

Plogging menambahkan variasi pergerakan badan seperti membongkok, mencangkung dan meregangkan badan kepada aktiviti berlari. Aktiviti ini bukan hanya bagus untuk mengatasi masalah gemuk tambun (obesity), malah ia juga bermanfaat untuk persekitaran. Persekitaran yang bebas sampah akan secara langsung akan membantu pencegahan banjir kilat dan mengurangkan pembiakan makluk perosak seperti nyamuk dan tikus. 

Diharap agar warga Marudi dan pengunjung yang datang bertandang ke Marudi sentiasa menanamkan sikap bertimbang rasa dan tidak membuang sampah sesuka hati kerana ini juga akan menjejaskan ekosistem sekitar.


GALERI FOTO