Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Portal Rasmi
Majlis Daerah Marudi
slide_5e21154bc6d1e.jpgslide_5d11dede30f9b.jpgslide_5d0860470176b.jpegslide_5ce34c472e726.jpg

GOROMA PLOGGING
Tarikh : 18 Mar 2019  Sumber Berita: Marudidc News
 

Marudi - Seramai 30 kakitangan Majlis Daerah Marudi yang diketuai oleh Setiausaha MDM, Puan Lolita Jaime Nicholas telah mengadakan aktiviti Plogging di Ferry Point Marudi. Turut hadir pada aktiviti ini adalah Kr Edward Mendai, Pengerusi Majlis. 

Aktiviti Plogging dikatakan berasal dari negara Sweden di mana istilah tersebut dicipta. "Plogging" datangnya dari ungkapan Swedish "plocka upp" yang bermaksud "mengutip". Secara amnya, plogging adalah aktiviti berlari sambil mengutip sampah di sepanjang laluan larian.

Plogging menambahkan variasi pergerakan badan seperti membongkok, mencangkung dan meregangkan badan kepada aktiviti berlari. Aktiviti ini bukan hanya bagus untuk mengatasi masalah gemuk tambun (obesity), malah ia juga bermanfaat untuk persekitaran. Persekitaran yang bebas sampah akan secara langsung akan membantu pencegahan banjir kilat dan mengurangkan pembiakan makluk perosak seperti nyamuk dan tikus. 

Aktiviti ini juga diadakan bersempena kedatangan YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Hj Openg, Ketua Menteri Sarawak yang hadir untuk Majlis Perlancaran Projek Marudi Waterfront pada 20 Mac 2019.

Diharap agar warga Marudi dan pengunjung yang datang bertandang ke Marudi sentiasa menanamkan sikap bertimbang rasa dan tidak membuang sampah sesuka hati kerana ini juga akan menjejaskan ekosistem sekitar.


GALERI FOTO