PROGRAM DIALOG PERDANA ADUN N76 BERSAMA AHLI-AHLI MAJLIS, KETUA-KETUA MASYARAKAT DAN KETUA-KETUA KAUM KAWASAN DUN N76 MARUDI |
Tarikh : 19 Aug 2019 Sumber Berita: Beluru |
Beluru - Program Dialog Perdana Adun N76 bersama Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua-ketua Kaum Kawasan Dun N76 Marudi telah berlangsung pada 17 Ogos 2019 dan dihadiri oleh YB Datu Dr Penguang Manggil. YB Datu Dr Penguang Manggil sekaligus merasmikan Projek Naiktaraf Dewan Masyarakat Beluru. Turut hadir pada program ini adalah Pemangku Residen Miri Tuan Aziz Hj Yusof, Political Secretary Tuan Alexander Asing, DO Beluru Encik Alfred Geling, Timbalan DO Marudi Puan Norlela, semua Pemanca, Penghulu, Tuai Rumah, Ketua Kampung dan Kapitan di Kawasan N76. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program dialog ini. |