Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 14 Nov 2019
Versi 8.2.2
online visitor Pelawat Di Talian 22
total visitor Jumlah Pelawat 1,146,808

MAJLIS DAERAH MARUDI

LOT 577, JALAN PENGHULU TAMA TINGGANG MALANG,
PETI SURAT 374,
98058 BARAM,
SARAWAK.

NO.TEL   : 085-755755
NO.FAKS : 085-755336
EMAIL : mdmarudi@sarawak.gov.my


KAUNTER PEMBAYARAN

MASA OPERASI :
Monday- Thursday
8.15am to 12.30pm & 2.15pm to 3.00pm
Friday
8.30am - 11.45am & 2.15pm to 3.00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup

MAJLIS PERASMIAN PERTANDINGAN HIASAN PAYUNG SEMPENA KEMPEN MEMBACA DAN MERDEKA 2019
Tarikh : 29 Aug 2019  Sumber Berita: Marudidc News
 

Marudi - Majlis Perasmian Pertandingan Hiasan Payung sempena Kempen Membaca dan Merdeka 2019 anjuran Unit Perpustakaan Majlis Daerah Marudi dengan kerjasama Pustaka Negeri Sarawak. Majlis dihadiri oleh Pengerusi Majlis Daerah Marudi, Kr. Edward Mendai, Setiausaha Majlis Daerah Marudi, Pn. Lolita Jaime Nicholas, Encik Llyod Huffman Miko, Pustakawan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak dan Encik Khadzrie bin Mohd Ramzie Faizal, Pustakawan Pustaka Negeri Sarawak, Miri.

Majlis dimulakan dengan Pertandingan Hiasan Payung daripada 22 orang peserta daripada pelajar tadika dan pra sekolah di Marudi. Objektif program ini diadakan adalah untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan di dalam diri pelajar-pelajar. Program ini juga memberi banyak faedah kepada mereka seperti melahirkan semangat kemerdekaan, melahirkan kanak-kanak yang kreatif dan membentuk keyakinan diri yang tinggi di dalam diri peserta.

Majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada Setiausaha Majlis dan seterusnya daripada Pengerusi Majlis Daerah Marudi. Sesi penyampaian Sijil Penghargaan kepada Tokoh Membaca Perpustakaan Awam Marudi 2018 juga turut diadakan. Mereka ini telah mewakili Ahli Perpustakaan Awam dalam The Tower of Book Reading Challenge 2018 anjuran Pustaka Miri.

 

  1. Kategori Dewasa  - Cikgu Tiong Sing Yee sebanyak 195 naskah buku.
  2. Kategori Remaja - Syazeenassanti Samuel sebanyak 121 naskah buku.
  3. Kategori Kanak-kanak - Jacky Hung Yi Xuan sebanyak 561 naskah 
    (Bahasa Melayu - 153 naskah, Bahasa Inggeris - 188 naskah, Bahasa Cina - 220 naskah)

 

Majlis diteruskan dengan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Sekolah Contoh Program Pinjaman Buku Berkelompok Majlis kepada Guru Besar SK Sungai Brit. Pinjaman berkelompok telah dilancarkan pada 21 Februari 2017 dan SK Sungai Brit merupakan sekolah kedua yang mengikuti program sehingga kini. Sebanyak 1,505 naskah buku telah dipinjamkan. 

Program ini adalah kerjasama Majlis Daerah Marudi dengan Pustaka Negeri Sarawak. Hari ini merupakan pelancaran program di mana selepas ini semua Atenden Perpustakaan akan dibekalkan bahan-bahan aktiviti dan melaksanakan kempen di Perpustakaan masing-masing. Antara aktiviti yang telah dirancang adalah:

 

  • Reading Book Tower - telah dijalankan sejak awal bulan Ogos di setiap perpustakaan Majlis.
  • Perpustakaan Rakan Ilmu - Aktiviti Kemerdekaan seperti Ceria Warna Bendera Ku Malaysia, Kraftangan Kemerdekaan dan sebagainya.

 

Pertandingan Hiasan Payung Kemerdekaan 2019 dimenangi oleh adik Siti Hawa Issandra binti Isman, tempat kedua dimenangi oleh adik Nur Adriana Damia binti Muhd Nazri manakala tempat ketiga dimenangi oleh adik Joana Isaac Kiu. Hadiah saguhati juga turut diberikan kepada kesemua peserta yang bertanding. 

Jutaan terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama menjayakan program ini.

 

GALERI FOTO