Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 14 Nov 2019
Versi 8.2.2
online visitor Pelawat Di Talian 16
total visitor Jumlah Pelawat 1,146,929

MAJLIS DAERAH MARUDI

LOT 577, JALAN PENGHULU TAMA TINGGANG MALANG,
PETI SURAT 374,
98058 BARAM,
SARAWAK.

NO.TEL   : 085-755755
NO.FAKS : 085-755336
EMAIL : mdmarudi@sarawak.gov.my


KAUNTER PEMBAYARAN

MASA OPERASI :
Monday- Thursday
8.15am to 12.30pm & 2.15pm to 3.00pm
Friday
8.30am - 11.45am & 2.15pm to 3.00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup

LAWATAN PENARAFAN BINTANG PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SPB-PBT) SARAWAK 2019
Tarikh : 01 Nov 2019
 

Marudi - Lawatan Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Sarawak 2019 telah diadakan pada 31 Oktober 2019 bertempat di Majlis Daerah Marudi. Kehadiran panel seramai lima (5) orang telah hadir untuk sesi penarafan ini dan panel diketuai oleh Dr. Yap Hock Ann, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan Inspektorat, KPKT. Panel-panel lain adalah YM Puan Raja Nurul Alifah binti Raja Mohd Nordin, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Sumber Manusia KPKT, Puan Nur Afifah binti Norman, Penolong Setiausaha, Bahagian Sumber Manusia KPKT, Cik Nurul Fadila binti Fadhilludin, Penolong Setiausaha, Bahagian Dasar dan Inspektorat KPKT dan Encik Amir Hamzah bin Muhidi. Penolong Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan.

Kehadiran panel inspektor telah di sambut oleh Tuan Pengerusi Majlis, Kr. Edward Mendai, Puan Lolita Jaime Nicholas, Setiausaha Majlis Daerah Marudi dan kakitangan Majlis Daerah Marudi. 

Program pemeriksaan telah berjaya diselesaikan atas kerja sama semua pihak yang terlibat untuk menyediakan segala maklumat dokumentasi yang diperlukan dengan lebih awal dan tersusun bagi memudahkan panel membuat pemeriksaan dokumentasi.

Semoga lawatan Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Sarawak 2019 pada kali ini akan memberi sinar keputusan bintang terbaik bagi Majlis Daerah Marudi.