Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 9 Dis 2019
Versi 8.2.2
online visitor Pelawat Di Talian 15
total visitor Jumlah Pelawat 1,162,386

MAJLIS DAERAH MARUDI

LOT 577, JALAN PENGHULU TAMA TINGGANG MALANG,
PETI SURAT 374,
98058 BARAM,
SARAWAK.

NO.TEL   : 085-755755
NO.FAKS : 085-755336
EMAIL : mdmarudi@sarawak.gov.my


KAUNTER PEMBAYARAN

MASA OPERASI :
Monday- Thursday
8.15am to 12.30pm & 2.15pm to 3.00pm
Friday
8.30am - 11.45am & 2.15pm to 3.00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup

MINGGU KESIHATAN DAN KESELAMATAN MAJLIS DAERAH MARUDI 2019
Tarikh : 12 Nov 2019  Sumber Berita: Marudidc News
 

Marudi - Majlis Pelancaran sempena Minggu Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Majlis Daerah Marudi 2019 telah diadakan pada 4 November 2019 bertempat di Bilik Am, Majlis Daerah Marudi. Majlis dirasmikan oleh Kr. Edward Mendai Pengerusi Majlis Daerah Marudi dan turut dihadiri oleh Puan Lolita Jaime Nicholas Setiausaha Majlis Daerah Marudi, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Marudi SAO Reagan anak Edwin, Pegawai IPD Marudi Sarjan Norizan bin Janui, Puan Sofea Anne Boddy Jabu Pegawai Anti Dadah Kebangsaan Bahagian Miri, wakil Pegawai Menguasa Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Marudi (LSS) Encik Amzirin bin Suhaimi dan warga kerja Majlis Daerah Marudi. Majlis diteruskan dengan tayangan video pengenalan dan diteruskan taklimat daripada pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan diakhiri dengan Ujian Saringan Awal bagi Tujuan Pengesanan Dadah. 

Hari kedua (5 November 2019) untuk Minggu Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Majlis Daerah Marudi 2019 diteruskan dengan program ceramah asas Pertolongan Cemas dan Cardipulmonary Resuscitation (CPR) dan First Aid Kit oleh Pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) oleh Sjn (PA) Iswandi bin Sawal dan Sjn (PA) Idrus bin Ketih. Program untuk sesi petang diteruskan dengan Ceramah bertajuk Kesedaran Mengenai Kebersihan Sg. Baram daripada pelajar-pelajar SMK Telang Usan yang sampaikan oleh Bevis Hii Lee Sze, Sim Yee, Ain Syafiqah bin Abdul Rahman dan Esther Puyang.

Hari ketiga (6 November 2019), Gotong-Royong Majlis Daerah Marudi (GOROMA) di kawasan sekitar pejabat dan mengenalpasti kawasan berisiko berlakunya kemalangan di tempat kerja. Program diteruskan dengan sesi zumba daripada Kelab Cottage Fitness and Dance Studio.

Hari keempat (7 November 2019), ceramah Demonstrasi Pemakanan Gaya Hidup Sihat telah disampaikan oleh Dr. Zinniriah Kamila binti Abdul Karim dan diteruskan dengan Ceramah Keselamatan Kebakaran beserta Demonstrasi dan Latihan Penggunaan Alat Pemadam Api daripada Balai Bomba Marudi yang diketuai oleh PBK II Iskandar bin Aus. 

Hari kelima (8 November 2019), program terakhir untuk Minggu Kesihatan dan Keselamatan Majlis Daerah Marudi diteruskan dengan Kempen Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan yang diketuai oleh Encik Tuan Haji Roshidi bin Bujang.

Jutaan terima kasih kepada semua warga Majlis Daerah Marudi yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan Minggu Kesihatan dan Keselamatan 2019.