Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Portal Rasmi
Majlis Daerah Marudi
slide_5e7d46b17ae2d.jpgslide_5e72f9b7488df.jpgslide_5e72f9aada9b5.jpgslide_5e72f81f1d038.pngslide_5e21154bc6d1e.jpgslide_5d11dede30f9b.jpgslide_5d0860470176b.jpegslide_5ce34c472e726.jpg


MAJLIS DAERAH MARUDI

LOT 577, JALAN PENGHULU TAMA TINGGANG MALANG,
PETI SURAT 374,
98058 BARAM,
SARAWAK.

NO.TEL   : 085-755755
NO.FAKS : 085-755336
EMAIL : mdmarudi@sarawak.gov.my


WEBMASTER : NOR NAJIHA MAULANA YUSUFF


KAUNTER PEMBAYARAN

MASA OPERASI :
Monday- Thursday
8.15am to 12.30pm & 2.15pm to 3.00pm

Friday
8.30am - 11.45am & 2.15pm to 3.00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup

MALAM APRESIASI MAJLIS DAERAH MARUDI
Tarikh : 02 Mar 2020  Sumber Berita: Marudidc News
 

Marudi - Malam Apresiasi Majlis Daerah Marudi dengan tema "Back To School" telah diadakan pada 28 Februari 2020 bertempat di Dewan Suarah Baram. Malam Apresiasi ini dihadiri oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datu Antonio Kahti Galis, Pengerusi Majlis Daerah Marudi Kr. Edward Anak Mendai, Setiausaha Majlis Daerah Marudi, Puan Lolita Jaime Nicholas, Ahli Majlis dan warga kerja Majlis Daerah Marudi.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Puan Lolita Jaime Nicholas dan diteruskan dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat Yang Berbahagia Datu Antonio Kahti Galis. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat dan sesi bergambar bersama-sama Ahli Majlis dan warga kerja Majlis Daerah Marudi.

Tayangan Rangkuman Aktiviti Majlis Daerah Marudi sepanjang tahun 2019 turut ditayangkan untuk tontonan tetamu kehormat dan rakan media. Terdapat acara selingan dan cabutan bertuah unuk memeriahkan Malam Apresiasi ini. Datu Antonio Kahti Galis turut menyampaikan sijil dan hadiah untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 dan Sijil Perkhidmatan Cemerlang 2018 kepada warga kerja Majlis Daerah Marudi.

Sijil penghargaan turut disampaikan kepada anak-anak cemerlang Majlis Daerah Marudi dan penyampaian hadiah bagi pertandingan 1 Bulan 1 Sukan untuk tahun 2019.

 

  • Tempat pertama : Thor
  • Tempat kedua : Groot
  • Tempat ketiga : Black Panther
  • Tempat keempat : Hulk  
Tidak lupa juga, sijil penghargaan kepada rakan media yang turut hadir untuk Malam Apresiasi ini. Acara yang terakhir yang dinanti oleh semua warga kerja Majlis iaitu Anugerah Pelajar Lelaki dan Perempuan Meletop Majlis Daerah Marudi.

Setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada tetamu kehormat, Datu Antonio Kahti Galis kerana sudi memeriahkan Malam Apresiasi ini dan sekalung tahniah kepada warga kerja kerana sangat sporting dalam menjayakan tema "Back To School".

 

 

Galeri Foto