Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Portal Rasmi
Majlis Daerah Marudi
slide_5eec60cbb8f3d.jpgslide_5ee1a28cb8be7.jpgslide_5e21154bc6d1e.jpgslide_5d11dede30f9b.jpgslide_5d0860470176b.jpegslide_5ce34c472e726.jpg

GOROMA PLOGGING 3.0
Tarikh : 09 Jul 2019
 

Marudi - Seramai 30 kakitangan Majlis Daerah Marudi yang diketuai oleh Setiausaha MDM, Puan Lolita Jaime Nicholas telah mengadakan aktiviti Plogging 3.0 di Ferry Point Marudi. 

Aktiviti plogging kali ini juga turut disertai oleh pelajar-pelajar daripada Giatmara Marudi yang diketuai oleh pengajar mereka, Encik Mohd Shah Reza bin Abdul Kadir.

Aktiviti Plogging dikatakan berasal dari negara Sweden di mana istilah tersebut dicipta. Plogging menambahkan variasi pergerakan badan seperti membongkok, mencangkung dan meregangkan badan kepada aktiviti berlari. 

Persekitaran yang bebas sampah akan secara langsung akan membantu pencegahan banjir kilat dan mengurangkan pembiakan makluk perosak seperti nyamuk dan tikus. 

Diharap agar warga Marudi dan pengunjung yang datang bertandang ke Marudi sentiasa menanamkan sikap bertimbang rasa dan tidak membuang sampah sesuka hati kerana ini juga akan menjejaskan ekosistem sekitar.