Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 14 Nov 2019
Versi 8.2.2
online visitor Pelawat Di Talian 20
total visitor Jumlah Pelawat 1,146,869

MAJLIS DAERAH MARUDI

LOT 577, JALAN PENGHULU TAMA TINGGANG MALANG,
PETI SURAT 374,
98058 BARAM,
SARAWAK.

NO.TEL   : 085-755755
NO.FAKS : 085-755336
EMAIL : mdmarudi@sarawak.gov.my


KAUNTER PEMBAYARAN

MASA OPERASI :
Monday- Thursday
8.15am to 12.30pm & 2.15pm to 3.00pm
Friday
8.30am - 11.45am & 2.15pm to 3.00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup

PERASMIAN 1 BULAN 1 SUKAN MAJLIS DAERAH MARUDI
Tarikh : 23 Jul 2019  Sumber Berita: Marudidc News
 

Marudi – Majlis Daerah Marudi (MDM) bertuah dan amat berbangga dengan kehadiran tetamu kehormat,  YB Encik Dennis Ngau (ADUN Telang Usan) untuk merasmikan Karnival Sukan yang dianjurkan oleh pihak Majlis Daerah Marudi iaitu “1 Bulan, 1 Sukan” di Dewan Good Sherpherd , Marudi.

Tujuan sukan ini diperkenalkan oleh Puan Setiausaha Majlis, Lolita Jaime Nicholas bagi melibatkan pekerja - pekerja bergiat aktif dalam mana-mana sukan yang akan dilakukan dan bertujuan untuk mempertengahkan budaya hidup sihat dikalangan pekerja. Bukan itu sahaja, ianya juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan semua pekerja seramai 71 orang melalui penglibatan di setiap sukan nanti. Di samping itu, memberi semangat berpasukan dan semangat bekerjasama yang jitu. Ianya juga merupakan satu-satunya Majlis yang menganjurkan sukan pada setiap bulan. Dimana ianya melibatkan empat pasukan yang diwakili dari pelbagai bahagian untuk melibatkan diri dalam acara ini iaitu Pasukan Kuning (Groot), Pasukan Hijau (Hulk), Pasukan Merah Jambu (Black Panther) dan juga Pasukan Biru (Thor).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan itu berkata, ‘1 Bulan , 1 Sukan’ yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Marudi untuk pekerja amatlah memberansangkan dalam penglibatan aktiviti sukan dan haruslah diteruskan sebagai satu budaya hidup sihat dikalangan semua pekerja. Ianya juga dapat meningkatkan krediabiliti dan pekerja yang hidup sihat dalam penglibatan sukan yang dianjurkan. Disamping itu, YB Encik Dennis Ngau juga ada menyatakan ucapan perasmian bagi “1 Bulan , 1 Sukan” dalam majlis perasmian semalam. Selepas sahaja upacara perasmian tersebut, YB Encik Dennis Ngau bekesempatan dalam perlawanan tumpuan dalam sukan Badminton di mana beliau digandingkan dengan Pengerusi KESURA MDM, Cik Grace Joy Dapit menentang dengan Puan Setiasusaha dan Timbalan Pengerusi KESURA MDM, Baling Bit.

Selain sukan badminton yang dianjurkan pada bulan ini, pelbagai lagi sukan akan dianjurkan pada bulan yang akan mendatang dan akan dilaksanakan sehingga penghujung tahun ini. Di samping itu juga, Majlis Daerah Marudi akan terlibat dalam Sukan PBT Zon Utara yang akan berlangsung di Lawas pada November kelak. Dan juga tahun hadapan untuk Sukan PBT Sarawak yang akan diadakan di Samarahan. Oleh itu, ianya juga merupakan persiapan awal bagi pihak Majlis untuk menghadapi kejohanan itu nanti.

 

GALERI FOTO

1 BULAN 1 SUKAN (BOLA TAMPAR)