Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 14 Nov 2019
Versi 8.2.2
online visitor Pelawat Di Talian 19
total visitor Jumlah Pelawat 1,146,784

MAJLIS DAERAH MARUDI

LOT 577, JALAN PENGHULU TAMA TINGGANG MALANG,
PETI SURAT 374,
98058 BARAM,
SARAWAK.

NO.TEL   : 085-755755
NO.FAKS : 085-755336
EMAIL : mdmarudi@sarawak.gov.my


KAUNTER PEMBAYARAN

MASA OPERASI :
Monday- Thursday
8.15am to 12.30pm & 2.15pm to 3.00pm
Friday
8.30am - 11.45am & 2.15pm to 3.00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup

MAJLIS ANUGERAH MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN 2019 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2018
Tarikh : 29 Oct 2019  Sumber Berita: Marudidc News
 

Kuching - Majlis Anugerah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan 2019 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 telah berlangsung pada 24 Oktober 2019 bertempat di Hotel Pullman, Kuching. 

Majlis dirasmikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian. Hadir sama pada majlis Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datu Dr Penguang Manggil, Timbalan Setiausaha Tetap Datuk Ik Pahon Joyik, Pengarah DID Sarawak Datu Chok Moi Soon dan tetamu kehormat lain.

Pada majlis ini, seramai 276 kakitangan dari Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan dan 23 PBT menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018.

Seramai enam (6) orang daripada Majlis Daerah Marudi telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 iaitu Encik Baling Bit, Encik Morni bin Ramlee, Encik Gibson Edward Kaik, Encik Nizan bin Jaraie, Encik Khoo Sia Ming dan Puan Catherine Raymond. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Puan Lolita Jaime Nicholas, Setiausaha Majlis Daerah Marudi yang turut menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 bagi Majlis Daerah Subis.

Galeri Foto