Laman Web Rasmi Majlis Daerah Marudi
Majlis Daerah Baram telah ditubuhkan pada 1 Januari 1957.Kemudian pada 1 Januari 1991 nama Majlis ditukarkan kepada Majlis Daerah Marudi. Majlis Daerah Marudi berkeluasan 22, 069.96 km/segi. Berasaskan anggaran tahun 1999, sebanyak 88,800 orang penduduk menetap di kawasan kawalan Majlis Daerah Marudi. Kawasan- kawasan yang terletak di bawah pentadbiran...
SelanjutnyaSiaran Akhbar, 01 August 2025
Marudi, 30 Julai 2025 – Majlis Daerah Marudi hari tersebut menerima kunjungan panel penilaian sempena Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS) 2025, yang bertujuan menilai tahap kualiti penyampaian perkhidmatan agensi kerajaan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan. Lawatan penilaian ini diketuai oleh En. Kasvenda B. Kassim selaku Ketua Panel Penilai, bersama empat lagi ahli panel iaitu En. Superi B. Awg Said, En. Mohd. Shukri B. Kana, En. Mohd. Rafiq B. Latif, dan En. Chang Hiang Meng. Turut hadir membantu dalam urusan teknikal dan dokumentasi ialah dua orang urus setia, Pn. Suzy Anak Johnson dan Pn. Evera Anak Stewart. Sepanjang sesi lawatan dan penilaian, panel telah diberi taklimat menyeluruh oleh Setiausaha Majlis , Cik Grace Joy Dapit, Penolong Setiausaha Cik Doriana Queen Anak Jet, Ketua Bahagian Komuniti, Puan Gracezilla Umang Anak Andrew dan Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan, En. Nadzarunie B. Solhi mengenai struktur organisasi, amalan terbaik, inovasi perkhidmatan serta pencapaian Majlis Daerah Marudi dalam usaha meningkatkan mutu penyampaian kepada rakyat dan anugerah – anugerah yang telah Majlis Daerah Marudi perolehi. Sesi temu bual turut dijalankan semasa lawatan fizikal tersebut. AKPANS merupakan satu inisiatif Kerajaan Sarawak dalam mengiktiraf agensi awam yang menunjukkan komitmen tinggi terhadap budaya kerja cemerlang, inovasi serta kecekapan dalam pengurusan perkhidmatan. Lawatan tapak ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan awam yang responsif, berintegriti dan berkesan kepada rakyat, khususnya di kawasan luar bandar seperti Marudi.
Siaran Akhbar, 28 August 2023
Konvensyen Innovative and Creative Circle (ICC) 2023 dengan anjuaran Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG) telah diadakan pada 21 Ogos 2023 sehingga 25 Ogos 2023 dan Claude Town VII mewakili Majlis Daerah Marudi dengan membawa tajuk EnfoSys: Pengurusan Pengumpulan Data Yang Kurang Efisien Di Bahagian Penguatkuasa. EnfoSys direka secara online menggunakan aplikasi Glide supaya penghantaran dan pengumpulan data laporan harian penguatkuasaan dapat dilaksana dengan lebih efisien, pantas dan tepat dan telah diselaraskan dengan penggunaan borang ISO dan menepati keperluan KPI (BSC). Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada Claude Town VII diatas penyertaan dan pembabitan di dalam siri Konvensyen Innovative and Creative Circle (ICC) bagi tahun 2023.
Siaran Akhbar, 15 December 2023
PROGRAM : ANUGERAH SMART KOMUNITI (ASK) 2023 TARIKH : 23 NOVEMBER – 12 DISEMBER 2023 TEMPAT : MAJLIS DAERAH MARUDI DAN RH. RIDAB, SG PASIR MARUDI AKTIVITI : PEMBENTANGAN ANUGERAH SMART KOMUNITI (ASK) 2023 LAWATAN TAPAK ANUGERAH SMART KOMUNITI (ASK) 2023 MAJLIS ANUGERAH SMART KOMUNITI (ASK) 2023 SASARAN : PERSATUAN/PERTUBUHAN/NGO/JKKK KOLABORASI : SERAKUP INDU DAYAK SARAWAK (SIDS) CAWANGAN MARUDI GAMBAR PROGRAM Sesi Pembentangan Kumpulan Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Marudi pada 23 November 2023 Sesi Lawatan Tapak oleh Panel Penilai Anugerah SMART Komuniti (ASK) Tahun 2023. Antara panel penilai yang hadir adalah En. Lloyd Huffman Miko (Ketua Panel Penilai), Pn. Khatijah Binti Affandi, Pn. Irene Shyreena Binti Moho, Pn. Aneesah Binti Adam dan bersama dua orang urusetia iaitu Cik Sheyroll Makam dan En. Azizan Azni Bin Ahmad Zainuddin. Majlis Anugerah SMART Komuniti (ASK) Tahun 2023 di Raia Hotel & Convention Centre, Kuching pada 12 Disember 2023. Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Marudi telah mendapat Anugerah Perak untuk Anugerah SMART Komuniti (ASK) Tahun 2023 anjuran Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak. Piala Kemenangan, Cek berjumlah RM5,000.00 serta Sijil telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Datuk Dr. Penguang Manggil, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) N.76 Marudi.
Siaran Akhbar, 26 March 2025
Pada 22 Mac 2025 (Sabtu) merupakan hari penganjuran program Virtual Earth Hour Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2025 bagi meraikan Hari Bumi Sedunia. Program ini telah dianjurkan oleh Majlis Luar Bandar Sibu (SRDC) dengan kerjasama 25 PBT seluruh Sarawak. Objektif program ini adalah untuk mematikan lampu dan membiarkan bumi dalam keadaan gelap-gelita selama 60 minit. Langkah global ini adalah inisiatif Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 13 iaitu Climate Action demi usaha memulihara dan memelihara kelestarian alam sekitar. Justeru itu, program sebegini amat bermakna kepada semua pihak supaya kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar boleh disampaikan kepada komuniti dengan lebih menyeluruh.
Siaran Akhbar, 18 January 2022
SILA KLIK PAUTAN DIBAWAH UNTUK MUAT TURUN IKLAN JAWATAN KOSONG (ATENDAN DI PERPUSTAKAAN AWAM BELURU) SILA KLIK PAUTAN DIBAWAH UNTUK MUAT TURUN EDISI 1 TAHUN 2023 EDISI 2 TAHUN 2023 EDISI 1 TAHUN 2024 EDISI 2 TAHUN 2024 SILA KLIK PAUTAN DIBAWAH UNTUK MUAT TURUN LAPORAN TAHUNAN 2022 LAPORAN TAHUNAN 2023 LAPORAN TAHUNAN 2024 SILA KLIK PAUTAN DIBAWAH UNTUK MUAT TURUN [BAHAGIAN KEJURUTERAAN] TIADA KENYATAAN TENDER DAN SEBUTHARGA [BAHAGIAN KESIHATAN DAN PERKHIDMATAN BANDAR] MDM/KA/ST/13(84)