Laman Web Rasmi Majlis Daerah Marudi
Majlis Daerah Baram telah ditubuhkan pada 1 Januari 1957.Kemudian pada 1 Januari 1991 nama Majlis ditukarkan kepada Majlis Daerah Marudi. Majlis Daerah Marudi berkeluasan 22, 069.96 km/segi. Berasaskan anggaran tahun 1999, sebanyak 88,800 orang penduduk menetap di kawasan kawalan Majlis Daerah Marudi. Kawasan- kawasan yang terletak di bawah pentadbiran...
SelanjutnyaSiaran Akhbar, 28 August 2023
Konvensyen Innovative and Creative Circle (ICC) 2023 dengan anjuaran Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG) telah diadakan pada 21 Ogos 2023 sehingga 25 Ogos 2023 dan Claude Town VII mewakili Majlis Daerah Marudi dengan membawa tajuk EnfoSys: Pengurusan Pengumpulan Data Yang Kurang Efisien Di Bahagian Penguatkuasa. EnfoSys direka secara online menggunakan aplikasi Glide supaya penghantaran dan pengumpulan data laporan harian penguatkuasaan dapat dilaksana dengan lebih efisien, pantas dan tepat dan telah diselaraskan dengan penggunaan borang ISO dan menepati keperluan KPI (BSC). Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada Claude Town VII diatas penyertaan dan pembabitan di dalam siri Konvensyen Innovative and Creative Circle (ICC) bagi tahun 2023.
Siaran Akhbar, 15 December 2023
PROGRAM : ANUGERAH SMART KOMUNITI (ASK) 2023 TARIKH : 23 NOVEMBER – 12 DISEMBER 2023 TEMPAT : MAJLIS DAERAH MARUDI DAN RH. RIDAB, SG PASIR MARUDI AKTIVITI : PEMBENTANGAN ANUGERAH SMART KOMUNITI (ASK) 2023 LAWATAN TAPAK ANUGERAH SMART KOMUNITI (ASK) 2023 MAJLIS ANUGERAH SMART KOMUNITI (ASK) 2023 SASARAN : PERSATUAN/PERTUBUHAN/NGO/JKKK KOLABORASI : SERAKUP INDU DAYAK SARAWAK (SIDS) CAWANGAN MARUDI GAMBAR PROGRAM Sesi Pembentangan Kumpulan Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Marudi pada 23 November 2023 Sesi Lawatan Tapak oleh Panel Penilai Anugerah SMART Komuniti (ASK) Tahun 2023. Antara panel penilai yang hadir adalah En. Lloyd Huffman Miko (Ketua Panel Penilai), Pn. Khatijah Binti Affandi, Pn. Irene Shyreena Binti Moho, Pn. Aneesah Binti Adam dan bersama dua orang urusetia iaitu Cik Sheyroll Makam dan En. Azizan Azni Bin Ahmad Zainuddin. Majlis Anugerah SMART Komuniti (ASK) Tahun 2023 di Raia Hotel & Convention Centre, Kuching pada 12 Disember 2023. Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Marudi telah mendapat Anugerah Perak untuk Anugerah SMART Komuniti (ASK) Tahun 2023 anjuran Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak. Piala Kemenangan, Cek berjumlah RM5,000.00 serta Sijil telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Datuk Dr. Penguang Manggil, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) N.76 Marudi.
Siaran Akhbar, 30 May 2024
Sabtu 25 Mei 2024 - FUN RUN : INTEGRITY STARTS WITH US sempena Community Engagement Day dianjurkan oleh Majlis Daerah Marudi yang melibatkan Ahli - Ahli Majlis , pelbagai Agensi, kakitangan awam, penduduk Baram dan luar Baram. Larian ini dirasmikan oleh YB Datu Dr. Penguang Manggil (Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan 1 (Kesihatan Awam dan Perumahan) , juga merangkap ADUN N76 Marudi.
Siaran Akhbar, 28 March 2025
Jerayawara Aneka Bubur Meriah di Marudi Marudi, 25 Mac 2025 – Jerayawara Aneka Bubur anjuran bersama Saberkas Cawangan Marudi, Majlis Daerah Marudi, dan Kelab Kesura Majlis Daerah Marudi dengan kerjasama Saberkas Unit Pekan Marudi berlangsung meriah di hadapan Kitos Cafe petang tersebut. Acara yang bermula pada jam 3.00 petang tersebut yang telah disempurnakan oleh Penolong Setiausaha Majlis Daerah Marudi Cik Doriana Queen Anak Jet, yang turut hadir Cik Chang Liew Hiong, En. Nadzarunie bin Solhie merupakan Setiausaha Cawangan Saberkas Marudi, En. Jiku Juguong, Pengerusi Saberkas Unit Pekan Marudi dan Pengerusi Kelab Kesura, En. Faizal Firdaus Bin Ibrahim serta AJK KESURA. Program berkenaan menarik perhatian warga Marudi yang hadir untuk menikmati pelbagai jenis bubur yang disediakan. Program ini bukan sahaja bertujuan mengeratkan hubungan masyarakat setempat, tetapi juga memberi peluang kepada penduduk untuk menikmati juadah tradisional secara percuma. Menurut pihak penganjur, sebanyak 300 kontena berisi bubur kacang hijau dan bubur pedas akan diagihkan pada hari berkenaan, dan kehadiran awal amat digalakkan bagi memastikan semua yang hadir berpeluang menikmati hidangan yang disediakan. Jerayawara ini mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat yang menghargai usaha penganjur dalam memperkukuh semangat kejiranan dan kebersamaan di Marudi. SIMBOLIK PERASMIAN JERAYAWARA ANEKA BUBUR YANG DISEMPURNAKAN OLEH PENOLONG SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH MARUDI , CIK DORIANA QUEEN , BERSAMA PENGERUSI KELAB KESURA MAJLIS DAERAH MARUDI, EN. FAIZAL FIRDAUS DAN SETIAUSAHA SABERKAS CAWANGAN MARUDI, EN. NADZARUNIE
Siaran Akhbar, 18 January 2022
SILA KLIK PAUTAN DIBAWAH UNTUK MUAT TURUN EDISI 1 TAHUN 2023 EDISI 2 TAHUN 2023 EDISI 1 TAHUN 2024 EDISI 2 TAHUN 2024 EDISI 1 TAHUN 2025 EDISI 2 TAHUN 2025 SILA KLIK PAUTAN DIBAWAH UNTUK MUAT TURUN LAPORAN TAHUNAN 2022 LAPORAN TAHUNAN 2023 LAPORAN TAHUNAN 2024 SILA KLIK PAUTAN DIBAWAH UNTUK MUAT TURUN [BAHAGIAN KEJURUTERAAN] 12/PW/MDM/3/28 [BAHAGIAN KESIHATAN DAN PERKHIDMATAN BANDAR] TIADA KENYATAAN TENDER DAN SEBUT HARGA
Siaran Akhbar, 02 March 2026
Tahukah anda? Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Banci Ekonomi 2026 (BE2026). Banci Ekonomi 2026 (BE2026) merupakan banci ke-6 yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali sejak tahun 2000. Banci ini bertujuan untuk mengumpul data yang komprehensif meliputi keseluruhan aktiviti ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan borong dan runcit. Pelaksanaan BE2026 turut merangkumi pertubuhan perniagaan serta pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Data yang dikumpulkan akan menjadi sumber rujukan penting sebagai nadi ekonomi rakyat dan asas dalam merancang pembangunan negara yang lebih berkesan serta mampan. Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia atau akses pautan berikut:- 1. Pengenalan BE2026 2. Pelaksanaan Operasi BE2026 3. Objektif BE2026