Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 9 Dis 2019
Versi 8.2.2
online visitor Pelawat Di Talian 24
total visitor Jumlah Pelawat 1,162,448

MAJLIS DAERAH MARUDI

LOT 577, JALAN PENGHULU TAMA TINGGANG MALANG,
PETI SURAT 374,
98058 BARAM,
SARAWAK.

NO.TEL   : 085-755755
NO.FAKS : 085-755336
EMAIL : mdmarudi@sarawak.gov.my


KAUNTER PEMBAYARAN

MASA OPERASI :
Monday- Thursday
8.15am to 12.30pm & 2.15pm to 3.00pm
Friday
8.30am - 11.45am & 2.15pm to 3.00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup

MIRI:  Sebanyak 758 orang menerima pingat kebesaran Sarawak sempena Hari Jadi Ke-83 Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Miri, hari ini.

Mendahului senarai ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datu Jaul Samion yang menerima darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) yang membawa gelaran Datuk Amar.

Turut menerima darjah kebesaran yang sama ialah Setiausaha Kewangan Negeri Datuk Seri Ahmad Tarmizi Sulaiman dan bekas ahli Parlimen Serian yang juga yang pertama dari masyarakat Bidayuh Datuk Seri Dominic Andrew Dago @ Dogak Randan.  

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Machan Datuk Gramong Juna dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Mohamad Abu Bakar Marzuki menerima darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Bagi darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran Datuk menyaksikan lapan penerima iaitu Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Dr Abdul Rahman Ismail dan Menteri Muda Perindustrian dan PelaburanMalcom Mussen Lamoh.

Selain itu  Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, Pengerusi Shell Malaysia Datuk Lain John Lo, Ketua Pegawai Eksekutif Petroleum Sarawak Berhad Sauu Kakok, Pengerusi Serba Dinamik Sdn Bhd Abdul Kadier Sahib dan Bishop Anglican Sarawak dan Brunei, Reverend Danald Jute. 

Lima penerima darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran Datu pula terdiri daripada Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Bakrie Zaini, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Chok Moi Soon, Presiden Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak Antonio Kahti Galis, Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Zaidi Mahdi dan Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Hamden Mohammad. 

Manakala 10 lagi individu menerima darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang juga membawa gelaran Datuk termasuk  Timbaloan Setiausaha Agung GPS Ibrahim Baki, Adun Muara Tuang Datuk Idris Buang dan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Selain itu Johan Bintang Kenyalang (10 penerima), Johan Perkhidmatan Cemerlang (2), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Emas) (11), Pegawai Bintang Sarawak (Honorary) (1), Pegawai Bintang Sarawak (33), Pegawai Bintang Kenyalang  (63) dan Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) (141). 

Pingat Perkhidmatan Bakti (Posthumous) (2),  Ahli Bintang Sarawak (144), Ahli Bintang Kenyalang (86), Pingat Perkhidmatan Terpuji (Gangsa) (130) dan Bentara Bintang Sarawak (105).


Sumber : Sarawak Voice, MLGH