Berita

 

Lawatan Sambil Belajar Majlis Daerah Lubok Antu

Disiarkan pada 28 Mar 2022
Sumber Berita: Marudidc

Jumaat, 25 Mac 2022 -  Seramai 30 Ahli Majlis dan 9 kakitangan Majlis Daerah Lubok Antu menghadiri Lawatan Sambil Belajar ke Majlis Daerah Marudi. Rombongan lawatan sambil belajar ini yang diketuai oleh Pengerusi Majlis Daerah Lubok Antu, En. Richard Anak Ngumbang (merangkap Pegawai Daerah Lubok Antu) berserta En. Tommy anak Laman, Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Lubok Antu.

Objektif lawatan sambil belajar ini ialah, ahli Majlis MDLA ingin mempelajari pengurusan dan keindahan landskap dibawah pentadbiran Majlis Daerah Marudi. Pengurusan landskap di Marudi adalah meliputi kawasan daerah Marudi, Daerah Beluru dan Daerah Telang Usan. 

 
Disamping itu, pihak MDLA juga ingin mempelajari program yang melibat komuniti di bawah Bahagian Pembangunan Komuniti, MDM. Rombongan MDLA disambut mesra oleh Pengerusi Majlis Daerah Marudi, Cr. Edward anak Mendai beserta warga kerja Majlis Daerah Marudi. Setelah itu, pihak Majlis mengiringi rombongan MDLA untuk melawati tempat2 tarikan di Pekan Marudi, iaitu Kubu Fort Hose dan Marudi Waterfront.
 
Harapan Majlis agar lawatan ini akan mengukuhkan dan mengeratkan silaturahim dikalangan PBT khususnya di Sarawak.