UCAPAN SETIAUSAHA
Salam sejahtera dan Salam Sarawakku Sayang.
Selamat datang ke laman web rasmi Majlis Daerah Marudi (MDM).
Saya amat berbesar hati untuk menyampaikan kata aluan ini kepada semua pengunjung laman web rasmi Majlis yang merupakan saluran rasmi penyampaian maklumat dan interaksi digital antara pihak Majlis dan masyarakat. Inisiatif ini adalah selaras dengan komitmen Majlis dalam memperkukuh ketelusan, keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam kepada penduduk setempat serta pihak berkepentingan lain.
Majlis Daerah Marudi selaku Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Local Authority Ordinance 1996, memainkan peranan penting dalam merancang dan melaksanakan pembangunan yang holistik di kawasan pentadbirannya. Tanggungjawab kami meliputi penyediaan kemudahan asas, pengurusan kebersihan, penguatkuasaan undang-undang kecil serta merangsang pertumbuhan ekonomi setempat termasuk sektor pelancongan.
Laman web ini dibangunkan bukan sahaja sebagai pusat rujukan maklumat tetapi juga sebagai platform interaktif bagi membolehkan masyarakat menyuarakan pandangan, memberikan maklum balas dan berurusan secara lebih mudah dengan Majlis. Ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk mentransformasikan perkhidmatan awam ke arah yang lebih digital, responsif dan mesra pengguna.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada semua warga Majlis yang komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing serta kepada seluruh komuniti yang sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan kepada Majlis Daerah Marudi.
Semoga laman web ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai sumber maklumat dan saluran komunikasi yang berkesan. Bersama-sama, marilah kita berganding bahu membina sebuah komuniti yang lebih progresif, sejahtera dan lestari.
Sekian, terima kasih.
“BERSATU BERUSAHA BERBAKTI”
“AN HONOUR TO SERVE”
GRACE JOY DAPIT
Setiausaha,
Majlis Daerah Marudi.