PERUTUSAN PENGERUSI

 

PERUTUSAN PENGERUSI


 

Salam sejahtera dan Salam Sarawakku Sayang,

Selamat datang ke laman web rasmi Majlis Daerah Marudi (MDM).

Adalah menjadi suatu penghormatan bagi kami di Majlis Daerah Marudi untuk memperkenalkan platform digital ini sebagai saluran rasmi penyampaian maklumat, interaksi serta penyebaran perkhidmatan kepada masyarakat umum, khususnya kepada penduduk di kawasan pentadbiran kami. Laman web ini diwujudkan seiring dengan usaha Majlis dalam memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus dan mesra rakyat, sejajar dengan kehendak transformasi digital sektor awam masa kini.

Sebagai pihak berkuasa tempatan, Majlis Daerah Marudi memikul tanggungjawab besar dalam merancang pembangunan yang seimbang dan mampan, mempertingkatkan kemudahan awam, memelihara serta memastikan kualiti hidup penduduk sentiasa dalam keadaan terbaik.

 

Kami percaya bahawa kejayaan pembangunan sesebuah kawasan amat bergantung kepada kerjasama erat antara pihak majlis, agensi kerajaan, sektor swasta dan komuniti setempat.

Melalui laman web ini, pelbagai informasi berkaitan perkhidmatan, aktiviti, dasar, pelan pembangunan dan maklumat perundangan dapat diakses dengan mudah. Majlis juga amat mengalu-alukan sebarang cadangan, maklum balas dan pandangan membina daripada orang awam demi mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan yang kami sediakan.

Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama kepada Majlis Daerah Marudi. Semoga laman web ini dapat menjadi wadah komunikasi yang berkesan dan bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Sekian, terima kasih.

“BERSATU BERUSAHA BERBAKTI”

“AN HONOUR TO SERVE”

 

Cr. Edward Mendai

Pengerusi Majlis

Majlis Daerah Marudi