picture

LOGO

 

LOGO




Warna Hijau

Sebagai latar belakang logo melambangkan kehijauan dan keindahan alam sekitar di Daerah Baram.


Bunga Padi

Melambangkan kebanyakan penduduk di Daerah Baram ini terdiri daripada kaum tani dan beras ialah hasil daripada padi yang menjadi makanan utama kepada mereka.


Utap (Perisai), Lembing dan Parang Ilang

Alat-alat ini melambangkan senjata tradisi yang sering digunakan pada zaman dahulu oleh kaum orang Ulu dan masih popular sebagai alat-alat kebudayaan pada hari ini.


Topi Orang Ulu

Melambangkan topi tradisi dan kebudayaan kepada majoriti penduduk Baram.


Bulu Burung Kenyalang di atas Topi

Sebagai tanda penghormatan kepada Lambang Kerajaan Negeri Burung Kenyalang.