Audit Kualiti Dalaman MS ISO 9001:2015 Tahun 2022
Disiarkan pada 22 Jun 2022
20-21 Jun 2022, Majlis Daerah Marudi - Mesyuarat Pembukaan dan Penutupan Sesi Audit Kualiti Dalaman MS ISO 9001:2015 Tahun 2022 telah diadakan di Majlis Daerah Marudi bermula 20 - 21 Jun 2022. Sesi audit ini diketuai oleh En. Lloyd Huffman Miko, Pegawai Pustakawan daripada Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak. Bersama-sama beliau ialah Pn. Celine Thian (MPHLG) dan Cik Sherrylyn Willsonce (MD Limbang). Sepanjang pelaksanaan sesi audit tersebut, pasukan auditor menyemak kesemua proses-proses kerja baik dari segi rekod, jadual dan laporan daripada setiap Bahagian dan Unit, Majlis Daerah Marudi. Hal ini agar setiap proses kerja selaras dengan kehendak dan pematuhan kepada piawaian MS ISO 9001:2015 bagi semua peringkat PBT. Hasil laporan penemuan audit tersebut, Majlis Daerah Marudi telah menerima 3 pemerhatian sahaja (Opportunity for Improvements). Pihak Majlis akan meningkatkan usaha ke arah pembaikan bagi setiap teguran yang diterima.