News

 

ANUGERAH PERPUSTAKAAN AWAM PREMIER SARAWAK 2022 BERSEMPENA SARAWAK AUTHORS FESTIVAL 2022

Posted on 02 Nov 2022
Source of News: Facebook Pustaka Negeri Sarawak

Khamis, 27 Oktober 2022 - Anugerah Perpustakaan Awam Premier Sarawak 2022 bersempena Sarawak Authors Festival 2022 telah berlangsung pada 26 Oktober 2022 dan turut berlangsung Majlis Makan Malam ‘Sarawak Authors Gala Night 2022’ serta Majlis Perasmian Festival Penulis Sarawak 2022.

Perasmian Sarawak Authors Festival pada kali ini akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak, yang mewakili Premier Sarawak.

Turut diadakan adalah Majlis Penyampaian dua (2) Anugerah Utama iaitu Anugerah Penghargaan kepada Penulis dan Penerbit dan Anugerah Perpustakaan Awam Premier Sarawak 2022. Sebanyak tujuh (7) buah buku baharu terbitan penulis tempatan juga turut dilancarkan.

Majlis Daerah Marudi telah menerima dua (2) anugerah iaitu:

 

  1. Anugerah Perpustakaan Sebagai Pusat Komuniti - Perpustakaan Awam Marudi
  2. Anugerah Khas Panel Hakim - Encik Supian Hisyamuddin dari Perpustakaan Long Lama
Syabas dan tahniah kepada pemenang!
 
LINK VIDEO PEMENANG