Berita

 

Pertandingan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) 2015

Disiarkan pada 03 Aug 2015

Pertandingan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) 2015

By CIO On 3 August 2015 ·

Pertandingan KIK di antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Sarawak bagi tahun 2015 telah berlangsung di Hotel Kingwood, Mukah pada 29 hingga 31 Julai 2015. Pertandingan kali ini telah dianjurkan serentak dengan Minggu Pembangunan Komuniti dan Inovasi LGCD-PBT 2015 yang mana telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datu Dr Penguang Manggil, Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak.


Kesemua 20 Majlis Daerah, 3 Majlis Bandaraya, 2 Majlis Perbandaran dan Bintulu Development Authority telah menyertai pertandingan kali ini. Majlis Daerah Subis telah menjuarai Kategori Pengurusan manakala Majlis Bandaraya Miri merangkul Kategori Teknikal.

 

Majlis Penutupan Minggu Pembangunan Komuniti dan Inovasi ini juga turut dihadiri oleh Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Bin Abdul Ghani, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak yang telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.