picture

News

 

Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 (AKM 2023)

Posted on 13 Nov 2023
Source of News: KPKT

Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 (AKM 2023) telah berlangsung pada 11 November 2023 bertempat di St. Regis Kuala Lumpur.

Sebanyak 12 kategori AKM 2023 dipertandingkan merangkumi lapan (8) anugerah bagi kategori individu iaitu Anugerah Keunggulan Menteri, Anugerah Berlian KPKT, Anugerah Kepimpinan Terbaik, Anugerah Kepimpinan Berinspirasi, Anugerah Pemimpin Harapan, Anugerah Personaliti Unggul, Anugerah Hati Emas dan Anugerah Kepimpinan PBT Terbaik.

Empat (4) anugerah bagi kategori berpasukan pula ialah Anugerah Hijau KPKT, Anugerah Organisasi Sejahtera, Anugerah Organisasi Paling Responsif dan Anugerah PBT Cemerlang.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Setiausaha Majlis Daerah Marudi, Cik Michelle Hildalyne Jering Anthony Luta telah berjaya merangkul Anugerah Kepimpinan PBT Terbaik (Kategori Majlis Daerah).