Majlis Daerah Marudi telah menerima rombongan lawatan daripada Majlis Daerah Subis pada 17 Februari 2023 yang diketuai oleh Puan Farrahsofya binti Mohd Sharbini, Setiausaha Majlis Daerah Subis bersama 17 orang kakitangan Majlis Daerah Subis.
Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari cara pengurusan penggunaan kaki lima, pengurusan caj papan tanda perniagaan dan perbincangan tentang kutipan sisa pepejal di kawasan Majlis Daerah Marudi dan Majlis Daerah Subis.