Program Virtual Earth Hour Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2025
Posted on 26 Mar 2025
Source of News: Unit SDG, MD Marudi
Pada 22 Mac 2025 (Sabtu) merupakan hari penganjuran program Virtual Earth Hour Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2025 bagi meraikan Hari Bumi Sedunia. Program ini telah dianjurkan oleh Majlis Luar Bandar Sibu (SRDC) dengan kerjasama 25 PBT seluruh Sarawak. Objektif program ini adalah untuk mematikan lampu dan membiarkan bumi dalam keadaan gelap-gelita selama 60 minit.
Langkah global ini adalah inisiatif Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 13 iaitu Climate Action demi usaha memulihara dan memelihara kelestarian alam sekitar. Justeru itu, program sebegini amat bermakna kepada semua pihak supaya kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar boleh disampaikan kepada komuniti dengan lebih menyeluruh.
