Berita

 

Persijilan Semula MS ISO 9001:2008

Disiarkan pada 26 Aug 2014

Persijilan Semula MS ISO 9001:2008

By CIO On 26 August 2014 ·

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Marudi, bersama-sama 19 buah Majlis Daerah yang lain di Sarawak, serta Kementerian Alam Sekitar dan Pembangunan Komuniti (LGCD) Sarawak telah berjaya mengekalkan persijilan MS ISO 9001:2008 bagi tempoh TIGA(3) tahun lagi iaitu sehingga 7 Ogos 2017.

 

Majlis dengan ini ingin mengucapkan tahniah kepada LGCD dan semua Majlis Daerah yang terlibat. Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan khas kepada Pasukan Petugas dan Pasukan Teknikal MS ISO 9001:2008 LGCD & 20 Majlis Daerah Sarawak di atas usaha gigih mereka mengekalkan serta menyelenggara sistem kualiti ini di semua agensi yang terlibat.