Laman Web Rasmi Majlis Daerah Marudi
Majlis Daerah Baram telah ditubuhkan pada 1 Januari 1957.Kemudian pada 1 Januari 1991 nama Majlis ditukarkan kepada Majlis Daerah Marudi. Majlis Daerah Marudi berkeluasan 22, 069.96 km/segi. Berasaskan anggaran tahun 1999, sebanyak 88,800 orang penduduk menetap di kawasan kawalan Majlis Daerah Marudi. Kawasan- kawasan yang terletak di bawah pentadbiran...
SelanjutnyaSiaran Akhbar, 28 March 2025
Jerayawara Aneka Bubur Meriah di Marudi Marudi, 25 Mac 2025 – Jerayawara Aneka Bubur anjuran bersama Saberkas Cawangan Marudi, Majlis Daerah Marudi, dan Kelab Kesura Majlis Daerah Marudi dengan kerjasama Saberkas Unit Pekan Marudi berlangsung meriah di hadapan Kitos Cafe petang tersebut. Acara yang bermula pada jam 3.00 petang tersebut yang telah disempurnakan oleh Penolong Setiausaha Majlis Daerah Marudi Cik Doriana Queen Anak Jet, yang turut hadir Cik Chang Liew Hiong, En. Nadzarunie bin Solhie merupakan Setiausaha Cawangan Saberkas Marudi, En. Jiku Juguong, Pengerusi Saberkas Unit Pekan Marudi dan Pengerusi Kelab Kesura, En. Faizal Firdaus Bin Ibrahim serta AJK KESURA. Program berkenaan menarik perhatian warga Marudi yang hadir untuk menikmati pelbagai jenis bubur yang disediakan. Program ini bukan sahaja bertujuan mengeratkan hubungan masyarakat setempat, tetapi juga memberi peluang kepada penduduk untuk menikmati juadah tradisional secara percuma. Menurut pihak penganjur, sebanyak 300 kontena berisi bubur kacang hijau dan bubur pedas akan diagihkan pada hari berkenaan, dan kehadiran awal amat digalakkan bagi memastikan semua yang hadir berpeluang menikmati hidangan yang disediakan. Jerayawara ini mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat yang menghargai usaha penganjur dalam memperkukuh semangat kejiranan dan kebersamaan di Marudi. SIMBOLIK PERASMIAN JERAYAWARA ANEKA BUBUR YANG DISEMPURNAKAN OLEH PENOLONG SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH MARUDI , CIK DORIANA QUEEN , BERSAMA PENGERUSI KELAB KESURA MAJLIS DAERAH MARUDI, EN. FAIZAL FIRDAUS DAN SETIAUSAHA SABERKAS CAWANGAN MARUDI, EN. NADZARUNIE
Siaran Akhbar, 26 March 2025
Pada 22 Mac 2025 (Sabtu) merupakan hari penganjuran program Virtual Earth Hour Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2025 bagi meraikan Hari Bumi Sedunia. Program ini telah dianjurkan oleh Majlis Luar Bandar Sibu (SRDC) dengan kerjasama 25 PBT seluruh Sarawak. Objektif program ini adalah untuk mematikan lampu dan membiarkan bumi dalam keadaan gelap-gelita selama 60 minit. Langkah global ini adalah inisiatif Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 13 iaitu Climate Action demi usaha memulihara dan memelihara kelestarian alam sekitar. Justeru itu, program sebegini amat bermakna kepada semua pihak supaya kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar boleh disampaikan kepada komuniti dengan lebih menyeluruh.
Siaran Akhbar, 15 December 2023
PROGRAM : ANUGERAH SMART KOMUNITI (ASK) 2023 TARIKH : 23 NOVEMBER – 12 DISEMBER 2023 TEMPAT : MAJLIS DAERAH MARUDI DAN RH. RIDAB, SG PASIR MARUDI AKTIVITI : PEMBENTANGAN ANUGERAH SMART KOMUNITI (ASK) 2023 LAWATAN TAPAK ANUGERAH SMART KOMUNITI (ASK) 2023 MAJLIS ANUGERAH SMART KOMUNITI (ASK) 2023 SASARAN : PERSATUAN/PERTUBUHAN/NGO/JKKK KOLABORASI : SERAKUP INDU DAYAK SARAWAK (SIDS) CAWANGAN MARUDI GAMBAR PROGRAM Sesi Pembentangan Kumpulan Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Marudi pada 23 November 2023 Sesi Lawatan Tapak oleh Panel Penilai Anugerah SMART Komuniti (ASK) Tahun 2023. Antara panel penilai yang hadir adalah En. Lloyd Huffman Miko (Ketua Panel Penilai), Pn. Khatijah Binti Affandi, Pn. Irene Shyreena Binti Moho, Pn. Aneesah Binti Adam dan bersama dua orang urusetia iaitu Cik Sheyroll Makam dan En. Azizan Azni Bin Ahmad Zainuddin. Majlis Anugerah SMART Komuniti (ASK) Tahun 2023 di Raia Hotel & Convention Centre, Kuching pada 12 Disember 2023. Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Marudi telah mendapat Anugerah Perak untuk Anugerah SMART Komuniti (ASK) Tahun 2023 anjuran Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak. Piala Kemenangan, Cek berjumlah RM5,000.00 serta Sijil telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Datuk Dr. Penguang Manggil, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) N.76 Marudi.
Siaran Akhbar, 31 October 2023
PROGRAM : PAMERAN INNO-WASTE SEMPENA MINGGU INOVASI PERKHIDMATAN AWAM SARAWAK TAHUN 2023 TARIKH : 24-26 OKTOBER 2023 TEMPAT : DEWAN MASYARAKAT BEKENU,SUBIS AKTIVITI : PAMERAN PRODUK 3R PAMERAN PRODUK KOMUNITI SIDS PERTANDINGAN PAMERAN INNO-WASTE CERAMAH FROM WASTE TO CASH SASARAN : BELIA/KOMUNITI KOLABORASI : SERAKUP INDU DAYAK SARAWAK (SIDS) CAWANGAN MARUDI GAMBAR PROGRAM Gambar kenangan bersama pemenang-pemenang Pertandingan Pameran Inno-waste sempena Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak Tahun 2023. Majlis Daerah Marudi telah mendapat Johan dalam pertandingan tersebut. Gambar Kumpulan Inno-waste semasa Hari Inno-waste berlangsung bersama dengan Setiausaha Majlis Daerah Marudi, Cik Michelle Hildalyne Jering Anthony Luta. Gambar persiapan pameran oleh kumpulan Inno- waste Majlis Daerah Marudi. Pemunggahan barang-barang pameran Inno- waste di Dewan Masyarakat Bekenu, Subis. Produk-produk pameran oleh Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Marudi bersama Majlis Daerah Marudi. Produk ‘Burik’ yang dipamerkan dalam bingkai gambar.
Siaran Akhbar, 02 November 2022
Khamis, 27 Oktober 2022 - Anugerah Perpustakaan Awam Premier Sarawak 2022 bersempena Sarawak Authors Festival 2022 telah berlangsung pada 26 Oktober 2022 dan turut berlangsung Majlis Makan Malam ‘Sarawak Authors Gala Night 2022’ serta Majlis Perasmian Festival Penulis Sarawak 2022. Perasmian Sarawak Authors Festival pada kali ini akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak, yang mewakili Premier Sarawak. Turut diadakan adalah Majlis Penyampaian dua (2) Anugerah Utama iaitu Anugerah Penghargaan kepada Penulis dan Penerbit dan Anugerah Perpustakaan Awam Premier Sarawak 2022. Sebanyak tujuh (7) buah buku baharu terbitan penulis tempatan juga turut dilancarkan. Majlis Daerah Marudi telah menerima dua (2) anugerah iaitu: Anugerah Perpustakaan Sebagai Pusat Komuniti - Perpustakaan Awam Marudi Anugerah Khas Panel Hakim - Encik Supian Hisyamuddin dari Perpustakaan Long Lama Syabas dan tahniah kepada pemenang! LINK VIDEO PEMENANG
Siaran Akhbar, 18 January 2022
SILA KLIK PAUTAN DIBAWAH UNTUK MUAT TURUN EDISI 1 TAHUN 2023 EDISI 2 TAHUN 2023 SILA KLIK PAUTAN DIBAWAH UNTUK MUAT TURUN LAPORAN TAHUNAN 2022 LAPORAN TAHUNAN 2023 SILA KLIK PAUTAN DIBAWAH UNTUK MUAT TURUN TEMPAHAN FASILITI SILA KLIK PAUTAN DIBAWAH UNTUK MUAT TURUN [BAHAGIAN KEJURUTERAAN] TIADA KENYATAAN TENDER DAN SEBUT HARGA [BAHAGIAN KESIHATAN DAN PERKHIDMATAN BANDAR] TIADA KENYATAAN TENDER DAN SEBUT HARGA