picture

News

 

KONVENSYEN INNOVATIVE AND CREATIVE CIRCLE (ICC) 2023

Posted on 28 Aug 2023
Source of News: MPHLG

Konvensyen Innovative and Creative Circle (ICC) 2023 dengan anjuaran Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG) telah diadakan pada 21 Ogos 2023 sehingga 25 Ogos 2023 dan Claude Town VII mewakili Majlis Daerah Marudi dengan membawa tajuk EnfoSys: Pengurusan Pengumpulan Data Yang Kurang Efisien Di Bahagian Penguatkuasa.

EnfoSys direka secara online menggunakan aplikasi Glide supaya penghantaran dan pengumpulan data laporan harian penguatkuasaan dapat dilaksana dengan lebih efisien, pantas dan tepat dan telah diselaraskan dengan penggunaan borang ISO dan menepati keperluan KPI (BSC).

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada Claude Town VII diatas penyertaan dan pembabitan di dalam siri Konvensyen Innovative and Creative Circle (ICC) bagi tahun 2023.