News

 

Jerayawara Aneka Bubur sempena Bulan Ramadan 2025

Posted on 28 Mar 2025
Source of News: Kelab Kesura , MD Marudi
Jerayawara Aneka Bubur Meriah di Marudi

Marudi, 25 Mac 2025 – Jerayawara Aneka Bubur anjuran bersama Saberkas Cawangan Marudi, Majlis Daerah Marudi, dan Kelab Kesura Majlis Daerah Marudi dengan kerjasama Saberkas Unit Pekan Marudi berlangsung meriah di hadapan Kitos Cafe petang tersebut.

Acara yang bermula pada jam 3.00 petang tersebut yang telah disempurnakan oleh Penolong Setiausaha Majlis Daerah Marudi Cik Doriana Queen Anak Jet, yang turut hadir Cik Chang Liew Hiong, En. Nadzarunie bin Solhie merupakan Setiausaha Cawangan Saberkas Marudi, En. Jiku Juguong, Pengerusi Saberkas Unit Pekan Marudi dan Pengerusi Kelab Kesura, En. Faizal Firdaus Bin Ibrahim serta AJK KESURA. Program berkenaan  menarik perhatian warga Marudi yang hadir untuk menikmati pelbagai jenis bubur yang disediakan. Program ini bukan sahaja bertujuan mengeratkan hubungan masyarakat setempat, tetapi juga memberi peluang kepada penduduk untuk menikmati juadah tradisional secara percuma.

Menurut pihak penganjur, sebanyak 300 kontena berisi bubur kacang hijau dan bubur pedas akan diagihkan pada hari berkenaan, dan kehadiran awal amat digalakkan bagi memastikan semua yang hadir berpeluang menikmati hidangan yang disediakan.

Jerayawara ini mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat yang menghargai usaha penganjur dalam memperkukuh semangat kejiranan dan kebersamaan di Marudi.



SIMBOLIK PERASMIAN JERAYAWARA ANEKA BUBUR YANG DISEMPURNAKAN OLEH PENOLONG SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH MARUDI , CIK DORIANA QUEEN , BERSAMA PENGERUSI KELAB KESURA MAJLIS DAERAH MARUDI, EN. FAIZAL FIRDAUS DAN SETIAUSAHA SABERKAS CAWANGAN MARUDI, EN. NADZARUNIE