News

 

MAJLIS DAERAH MARUDI TERIMA LAWATAN PANEL PENILAIAN ANUGERAH KUALITI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK (AKPANS) 2025

Posted on 01 Aug 2025
Source of News: MDM
Marudi, 30 Julai 2025 – Majlis Daerah Marudi hari tersebut menerima kunjungan panel penilaian sempena Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS) 2025, yang bertujuan menilai tahap kualiti penyampaian perkhidmatan agensi kerajaan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.

Lawatan penilaian ini diketuai oleh En. Kasvenda B. Kassim selaku Ketua Panel Penilai, bersama empat lagi ahli panel iaitu En. Superi B. Awg Said, En. Mohd. Shukri B. Kana, En. Mohd. Rafiq B. Latif, dan En. Chang Hiang Meng. Turut hadir membantu dalam urusan teknikal dan dokumentasi ialah dua orang urus setia, Pn. Suzy Anak Johnson dan Pn. Evera Anak Stewart.

Sepanjang sesi lawatan dan penilaian, panel telah diberi taklimat menyeluruh oleh Setiausaha Majlis , Cik Grace Joy Dapit, Penolong Setiausaha Cik Doriana Queen Anak Jet, Ketua Bahagian Komuniti, Puan Gracezilla Umang Anak Andrew dan Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan, En. Nadzarunie B. Solhi mengenai struktur organisasi, amalan terbaik, inovasi perkhidmatan serta pencapaian Majlis Daerah Marudi dalam usaha meningkatkan mutu penyampaian kepada rakyat dan anugerah – anugerah yang telah Majlis Daerah Marudi perolehi. Sesi temu bual turut dijalankan semasa lawatan fizikal tersebut.

AKPANS merupakan satu inisiatif Kerajaan Sarawak dalam mengiktiraf agensi awam yang menunjukkan komitmen tinggi terhadap budaya kerja cemerlang, inovasi serta kecekapan dalam pengurusan perkhidmatan.

Lawatan tapak ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan awam yang responsif, berintegriti dan berkesan kepada rakyat, khususnya di kawasan luar bandar seperti Marudi.

AKPANS 2025


AKPANS 2025