Program telah berlangsung pada 7-9 November 2015 di Iftitah Resort, Belawai yang telah disertai oleh lebih kurang 30 orang anggota Majlis dari pelbagai gred. Program anjuran Unit Pembangunan Komuniti bersama dengan Kelab Sukan dan Rakreasi (KESURA), Majlis Daerah Marudi ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kerja berpasukan di kalangan anggota Majlis.
Pelbagai aktiviti diadakan pada 8 November 2015 (Ahad) termasuk sukaneka dan berkaraoke. Semoga program seperti ini akan dapat mempertingkatkan lagi hubungan serta kerjasama di antara anggota Majlis. Sesungguhnya kejayaan sesebuah organisasi itu adalah kerana usaha dan kerjasama keseluruhan anggotanya.