News

 

Program "Our Flower Our Soul"

Posted on 20 Apr 2016

 

Majlis Daerah Marudi telah mengadakan satu aktiviti khas yang bertemakan "Our Flower Our Soul" untuk kakitangan Majlis pada 28 Mac 2016 di perkarangan pejabat Majlis Daerah Marudi. Setiap kakitangan Majlis dikehendaki membawa bunga masing-masing yang ditanam di dalam botol plastik untuk dipertandingkan. Juri jemputan telah membuat penilaian dan memilih 20 bunga tercantik.


Objektif utama aktiviti ini diadakan adalah untuk memupuk rasa tanggungjawab terhadap bunga masing-masing dan mengurangkan pembuangan botol plastik.


Aktiviti lain yang turut diadakan pada masa yang sama adalah senamrobik dan jamuan ringan.