IQA 2015 - MS ISO 9001:2015
BY CIO On 3 October 2015
Audit Kualiti Dalaman (IQA) bagi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 ke atas LGCD dan 20 Majlis Daerah Sarawak telah berlangsung dari 28 September 2015 hingga 09 Oktober 2015. Untuk Majlis Daerah Marudi, audit telah dilaksanakan pada 1 & 2 Oktober 2015 oleh Pasukan Audit 6 yang diketuai oleh Encik Phang Joon Foong, Penolong Setiausaha dari LGCD.
Turut bersama beliau ialah Encik Wong King Sang, Puan Beatrice Adrian dan Cik Roziana Rosli selaku ahli-ahli pasukan audit. Audit selama dua (2) hari ini telah menjumpai 15 Ketidakakuran (NCR) dan 5 Pemerhatian (OFI). IQA merupakan salah satu keperluan di dalam standard MS ISO 9001:2015 yang harus dilaksanakan setiap tahun untuk memastikan sistem kualiti sentiasa berada di tahap yang optima.