Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Portal Rasmi
Majlis Daerah Marudi
slide_5e21154bc6d1e.jpgslide_5d11dede30f9b.jpgslide_5d0860470176b.jpegslide_5ce34c472e726.jpg

PERUTUSAN PENGERUSIPERUTUSAN PENGERUSI

                           

Dengan kesempatan ini, saya sebagai Pengerusi Majlis Daerah Marudi ingin merakamkan tahniah dan mengalu-alukan usaha dan kejayaan Majlis untuk mewujudkan satu lagi bentuk perkhidmatan kepada orang ramai iaitu perkhidmatan melalui Laman Web Majils Daerah Marudi yang disediakan.

 

Usaha Majlis Daerah Marudi untuk membangunkan Laman Web ini adalah tepat pada masanya dan sesuai dengan era globalisasi serta sejajar dengan Dasar Kerajaan dalam Pembangunan Teknologi Maklumat (IT) dan Koridor Raya Multimedia (MSC) bagi mewujudkan Kerajaan Elektronik (E-Government) pada zaman yang mencabar ini.

 

Saya percaya dan berharap Laman Web Majlis yang disalurkan melalui rangkaian Internet ini akan dapat memberi segala maklumat dan perkhidmatan dengan cepat dan tepat yang diperlukan oleh para pengguna khususnya pelanggan-pelanggan Majlis. Selain itu, diharapkan laman web ini dapat mempromosi dan memperkenalkan Daerah Marudi kepada masyarakat umum dalam dan luar negeri.

 

Saya yakin bahawa segala maklumat yang dimuatkan dalam Laman Web Majlis ini dapat memberikan manfaat dan dikongsi bersama untuk menambah baik lagi perkhidmatan Majlis Daerah Marudi kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

 

Sekian. Terima Kasih.

 

“BERSATU BERUSAHA BERBAKTI”

 

“AN HONOUR TO SERVE”

 

EDWARD MENDAI

Pengerusi,

Majlis Daerah Marudi.